Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.pu] | ڤڽاڤو

Definisi : alat utk menyapu (membersihkan dll), sapu: sebatang ~ lidi dikeluarkannya; ~ ranjau kapal utk membersihkan ranjau di laut; disambut dgn ~ tak bersimpai prb dihalau keluar dr sesuatu majlis kerana dibenci orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.pu] | ڤڽاڤو

Definisi : alat utk membersihkan (mengesat) sesuatu; sapu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyapu

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Jatuh di tangan menyapu bunga;
Lepas tangan dikata jangan,
     Lepas di tangan orang yang punya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Disambut dengan penyapu tak bersimpai.

Bermaksud :

Dihalau keluar dari sesuatu majlis keramaian kerana dibenci orang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan penyapu tangan, Dibawa orang ke tepian; Malang tangan celaka tangan, Dalam tangan untung bahagian.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan penyapu tangan, Jatuh di tangan menyapu bunga; Lepas tangan dikata jangan, Lepas di tangan orang yang punya.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan penyapu tangan, Menyapu tangan anak Raja Cina; Lah malang tangan celaka tangan, Di dalam tangan diambil orang pula.

Kembali ke atas