Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyu] | ڤڽو

Definisi : sj kura-kura besar yg bertelur banyak; jenis-jenisnya: ~ belimbing, ~ karah, ~ lumpur, ~ pulau; ~ bertelur beribu-ribu seorang pun tiada tahu, ayam bertelur sebiji pecah khabar sebuah negeri prb keuntungan orang kaya walau bagaimana banyak pun tidak men­jadi sebutan orang, tetapi keuntungan orang miskin walau sedikit pun ramai dicakapkan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyu] | ڤڽو

Definisi : beberapa jenis kura-kura besar yg telurnya boleh dimakan (banyak terdapat di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia), Chelone mydas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penyu (kata nama)
Bersinonim dengan tuntung, katung, kambar, kambau, kura-kura besar, agal, labi-labi, abau.,

Puisi
 

Kuala Abang pasirnya putih,
     Tempat penyu membuat sarang;
Apa guna hati merintih,
     Kekasih sudah dipinang orang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Penyu itu bertelur beribu-ribu,
     seorang pun tidak tahu;
ayam bertelur sebiji,
     pecah khabar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTelur penyu di hujung pasir, Ditimba oleh hujan panas; Apa direnung apa difikir, Setegal rindu hati yang panas.
Kurik Kundi Merah SagaKuala Abang pasirnya putih, Tempat penyu membuat sarang; Apa guna hati merintih, Kekasih sudah dipinang orang.
Kurik Kundi Merah SagaApa benda beribu-ribu, Telur penyu banyak di laman; Minta embun turun selalu, Biar kembang bunga di taman.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke laut, Ambilkan saya penyu bertelur; Jika tuan menjadi rambut, Saya menjadi si kembang melur.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke laut, Ambillah saya penyu bertelur; Kalau tuan menjadi rambut, Saya menjadi si kembang melur.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke laut, Ambilkan saya penyu bertelur; Jika tuan menjadi rambut, Saya menjadi si kembang melur.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke laut, Ambillah saya penyu bertelur; Kalau tuan menjadi rambut, Saya menjadi si kembang melur.
Kurik Kundi Merah SagaJika tuan pergi ke laut, Ambilkan saya penyu bertelur; Jika tuan menjadi rambut, Saya menjadi si kembang melur.

Kembali ke atas