Kurik Kundi Merah Saga | Pergi seberang naik perahu, Perahu berisi jerami padi; Cinta adik abang tak tahu, Cinta adik sampai ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu siapa cat kuning, Sarat muat kundur labu; Biar pecah hulu kemuning, Pantang undur dari kelambu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu sarat muat pinang, Jangan lenggang timba lagi; Saya jahat jangan dikenang, Orang lain banyak lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu belayar berisi rambai, Hendak menuju Kuala Lukut; Tinggi jangan ingat mahu capai, Tuah orang jangan ikut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu sekuci muatan sarat, Tenggelam duduk di muka kuala; Cuba sedikit terasa kelat, Racun diminum hilang dahaga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu saya muat kendi, Jangan diliuk dilenggang lagi; Kami jahat biar pergi, Jangan cinta dikenang lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu sarat muatan daun, Sarat berisi dengan lokan; Kalau hidup sepuluh tahun, Sepanjang hayat aku nantikan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu payang belayar ke seberang, Sarat bermuat kayu jati; Kalau menumpang kekasih orang, Tentu tak dapat kehendak hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu kecil belayar ke tepi, Makin ke tepi makin dalam; Tidur malam jangan dimimpi, Kalau dimimpi bertambah dendam. |