Kurik Kundi Merah Saga | Tirai perak kelambu perak, Bantal emas tikar suasa; Bercerai kasih bertemu tidak, Jauh bergantung di atas udara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam jarak tak tumbuh jarak, Jarak nak tumbuh di langit putih; Beri perak tak ambuhlah perak, Saya ambuh ke baju putih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padi perak berdaun suasa, Buahnya mengurai emas merah; Sudah berbudi lagi berbahasa, Itulah tanda bistari bertuah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincin perak permata baiduri, Selang dengan intan berlian; Kain kasar dalam duri, Takut koyak tarik perlahan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincin perak di jari manis, Tiada contoh mata dua; Jangan teriak jangan menangis, Tiada jodoh kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincin perak cincin suasa, Mari dipakai sebelah kanan; Biar rosak sama binasa, Kasih tiada lepas di tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan tembaga bukannya perak, Anak kunci tidak beribu; Tuan juga janganlah tidak, Anak menantu di muka pintu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak merak Kampung Cina, Singgah berhenti kepala titi; Emas perak kebesaran dunia, Budi bahasa tak dapat dicari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beras dibawa dalam negeri, Anak udang dalam perahu; Emas perak boleh diuji, Hati orang siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli; Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri. |