| Kurik Kundi Merah Saga | Buah perang buah keranji, Buah pauh lebat sangat; Kalau sebulan boleh dinanti, Kalau setahun lambat sangat. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Dari Acheh perang Belanda, Belanda banyak beribu-ribu; Cerailah kasih kepada kanda, Dindalah jangan mata bankudu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tuan puteri rambutnya perang, Mati ditikam Melayu jati; Dulu terbilang batik Semarang, Sekarang dibuat basahan mandi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Nampak sebuah kapal perang, Rakyat banyak bukan sedikit; Kota Melaka asalnya padang, Kerana siapa jadi bukit? |
| Kurik Kundi Merah Saga | Alat-alat senjata perang, Pakaian anak raja Zamhari; Mari adik nyawa abang, Bila masa datang ke mari. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bagaimana membunuh semut, Taruh gula di mangkuk perang; Bagaimana saya hendak selimut, Kainku sudah dipinjam orang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Dua tiga kapal di teluk, Manakan sama kapal perang; Dua tiga bantal kupeluk, Manakan sama tuan seorang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ikan bawal berenang petang, Beli ikan di tepi dewan; Hendak kucuba di medan perang, Segala musuh hendak ditawan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Al-Hassani wal Hussain, Wahai cucu Rasulullah; Wafat Hassan tinggal Hussain, Hassan/Hussain Wafat perang sabillullah. |