Kurik Kundi Merah Saga | Nampak beting jauhnya pelik, Nampak perahu pergi balik; Sungguh biring jatuh tergolek, Undur-undur dia terkam balik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang hari tanam keladi, Daun keladi balik-balik; Hamba pergi bawa diri, Tinggallah duduk berbaik-baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke Jeddah pergi haji, Barulah balik berseri-seri; Kalau sudah abang pergi, Adik di sini apa nak jadi? |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Damak terus ke Bentan, Pergi berburu balik hari; Desa semak dahulunya hutan, Tidak disangka jadi negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik tuan pergi ke laut, Bawalah balik ketam betina; Kalau cik tuan menjadi rambut, Bolehlah saya menjadi bunga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik tuan pergi ke hulu, Bawa balik batil tembaga; Kalau tuan mati dahulu, Nantilah saya di pintu syurga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan kekek ikan gelama, Ikan tiada dalam sungai; Abang pergi tujuh purnama, Abang balik adik tak kenal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang pergi ke hulu, Sampai ke hulu memetik buah; Kalau tuan balik dahulu, Sudah petang hati tak puas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke hulu tanam selasih, Orang bersikat di dalam bilik; Kalau adik kenang kekasih, Baik kita berikat balik. |