Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Dari jauh bermalam datang,
     Hendak menuju pergi Kemboja;
Jika sudah terkata langsung,
     Mahal dan murah ikut harga.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Merantau di sudut dapur.

Bermaksud :

Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Biasa juga: Merantau ke balik dapur).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDari Semantan pergi ke Lundu, Datang ke Lundu berjalan kaki; Apa kena hatiku pilu, Mengenang tuan jauh pergi.
Kurik Kundi Merah SagaDari jauh bermalam datang, Hendak menuju pergi Kemboja; Jika sudah terkata langsung, Mahal dan murah ikut harga.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke laut lalu menjala, Dapat banyak ikan cencaru; Minta jauh segala bala, Minta selamat pengantin baru.
Kurik Kundi Merah SagaSehari-hari pergi berulang, Serbat diisi dalam cawan; Mengenang sahabat jauh di seberang, Lautnya luas memisahkan badan.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke hulu menjerat napuh, Buat umpan si daun sena; Abang datang dari jauh, Mari hendak berjumpa mata.
Kurik Kundi Merah SagaBaru sekali pergi ke kota, Datang ke kota bunyi bergaduh; Baru sekali saya berkata, Hendak peduli kakanda jauh.
Kurik Kundi Merah SagaMenjual serbat sampai ke kota, Sehari-hari pergi dan datang; Tidak terubat hati nan luka, Terkenang sahabat jauh di seberang.

Kembali ke atas