Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang pergi ke rimba, Pergi ke rimba menarah papan; Petang-petang hatiku hiba, Nasi sesenduk tidak termakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina pergi ke hutan, Pergi ke hutan memburu rusa; Teras gaharu sangka bukan, Salah pandang rosak binasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak berembun pergi ke pulau, Datang ke pulau pergi ke tanjung; Lagilah hidup kita bergurau, Sudahlah mati bergolek seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalaulah sudah pergi ke paya, Marilah kita pergi ke hulu; Kalau sudah seia sekata, Marilah kita berjumpa ibu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke mana tidak kuikat, Pandan bersangkut dengan durinya; Pergi ke mana tidak kuingat, Tuan yang baik samalah budinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke Jeddah pergi haji, Barulah balik berseri-seri; Kalau sudah abang pergi, Adik di sini apa nak jadi? |
Kurik Kundi Merah Saga | Jikalau abang pergi ke seberang, Pergi seberang membeli jambu; Jikalau abang selamat pulang, Jangan adinda ditinggal lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina pergi ke Melaka, Pergi dengan sebuah bas; Kalau tuan cintakan saya, Surat saya mengapa tak balas? |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke Jeddah, Pergi dengan anak permaisuri; Kalau teringin hendak makan buah, Buah masak di ranting tinggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ramai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu. |