Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada peria pahit, Belanga baru jerang udang; Kalau ada budi baik, Jadi abu dikenang orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baru kutahu peria pahit, Haram bertaubat sayur petola; Kalau kutahu budi tak baik, Haram tak buat dari mula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah tahu peria pahit, Jangan disayur dengan bunganya; Sudah diketahui barang tak baik, Jangan diusik dari mulanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah tahu peria pahit, Jangan disayur dengan bunganya; Sudah diketahui barang tak baik, Jangan diusik dari mulanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah makan dengan peria, Kalau ada garam tiada; Kalau sudah ada bercinta, Kalau bercinta jangan berdusta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah makan dengan peria, Kalau ada garam tiada; Kalau sudah ada bercinta, Kalau bercinta jangan berdusta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil lepas dalam cerana, Ambil tali ikat peria; Ambo nak pelepas anak teruna, Pelepas sekali anak dara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Senajang di Kampung Ulu, Ramai orang bertanam peria; Bila dikenang kisah dahulu, Cucur menitis airnya mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa sebab jari di tangan? Bentangku tuan menjadi sepuluh; Biji delima mula ditanam, Peria pahit menjadi tumbuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sebelah tangan jari lima, Dua tangan jari sepuluh; Niat hati tanam delima, Sampai masa peria tumbuh. |