Kurik Kundi Merah Saga | Sayang perigi tengah laut, Cedok mari kulit lokan; Tuan pergi berombak laut, Saya di rumah mengira bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gali perigi di tengah padang, Boleh saya menumpang mandi; Ingat saya umur panjang, Bulan depan ke mari lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batu Pahat perigi batu, Nampak dari Gunung Banang; Tuan pergi hati tak tentu, Saya tinggal hati tak senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke perigi mengambil timba, Timba terletak tepi halaman; Walaupun banyak kembang di rimba, Mawar di jambangan jadi idaman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ladang dari perigi semak, Padi muda saya lurutkan; Kalau tidak rancang anak, Jalan mudah saya turutkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan lebat perigi penuh, Kapal besar dari muara; Kalau tak dapat si buntar penuh, Biar kumati berbuang nyawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batu Pahat perigi batu, Sebelah sana Gunung Banang; Abang pergi bawalah aku, Duduk di rumah hati tak senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dinding kebun tepi perigi, Kepung dengan atap nipah; Basah kering dibuat mandi, Tentang harga belum berubah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua tiga bernama perigi, Batu berlonggok di tepi jalan; Tuan di sana saya di sini, Bagai pungguk rindukan bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam lada tepi perigi, Tumbuh rumput dengan sendayan; Jangan menyenda sekehendak hati, Takut sesal ditanggung kemudian. |