Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perintah;

Puisi
 

Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
     Nama termasyhur zaman dahulu;
Baik-baik memilih intan,
     Takut terkena kaca dan batu.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Keras ditakik,
     lunak disudu.

Bermaksud :

Perintah haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan.

 

Lihat selanjutnya...(21)

423

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih)

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak meruncing kalam, Makin diruncing makin tajam; Setitik dakwat nak perintah kalam, Adakah nyamuk nak perintah alam.
Kurik Kundi Merah SagaSiti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Bondong parit perintah, Bersampan dengan sidaknya; Hendak dilangsung serba salah, Takut badan jadi merana.
Kurik Kundi Merah SagaPun tali pun, Anak ayam bulu balik; Dalam perintah Jepun, Kita makan ubi keledek.
Kurik Kundi Merah SagaTidak tumbuh tidak melata, Patah galah dalam padi; Tidak sungguh kehendak kita, Perintah Allah juga yang jadi.
Kurik Kundi Merah SagaRama-rama terbang berderai, Patah galah dalam perahu; Lama-lama baru bercerai, Perintah Allah mana tahu.
Kurik Kundi Merah SagaPasir Mak Bayu pukul diribut, Lumba-lumba bermain angin; Pohon kekasih seumur hidup, Perintah Belanda belayar angin.
Kurik Kundi Merah SagaAsap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Hajat hati tak ndak bercerai, Perintah Allah siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaSaya nak berumah di paya, Ada lintah kerap buang; Saya nak berbini janda, Ada perintah cepat buang.
Kurik Kundi Merah SagaDari Nandung ke Pantai Nandi, Orang bergajah dua beranak; Sudah terlangsung kami ke mari, Apa perintah orang banyak.
12

Kembali ke atas