Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata periuk

Puisi
 

Bertanak periuk besar,
     Nasinya berulas-ulas;
Pantun sesama besar,
     Bunyinya berbalas-balas.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Besar periuk besar kerak.

Bermaksud :

Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar kayu besar bahannya, b. Gedang kayu, gedang dahannya).

 

Lihat selanjutnya...(23)

51

Don't bite the hand that feeds you

Jangan khianati atau bersikap tidak mengenang budi terhadap orang yang telah membantu kita.

Jangan tercirit di periuk

We gave then them jobs and fed their children. But when we failed to do the same this year, they threatened to harm us. We told them, don't bite the hand that feeds you

Kami memberi mereka pekerjaan dan makanan kepada anak mereka. Namun, apabila kami tidak dapat berbuat demikian pada tahun ini, mereka mengancam hendak mencederakan kami. Kami beritahu mereka, jangan tercirit di periuk .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(24)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBasuh periuk jemur ditungging, Nampak hitam seperti arang; Ikut hakim memiat daging, Sakit di awak sakit di orang.
Kurik Kundi Merah SagaBertanak periuk besar, Nasinya berulas-ulas; Pantun sesama besar, Bunyinya berbalas-balas.
Kurik Kundi Merah SagaTudung periuk pandai menari, Buatan orang Melaka; Kain buruk berikan kami, Akan pemalit si air mata.
Kurik Kundi Merah SagaTudung periuk pandai menari, Dia menari atas geta; Kain buruk campak ke mari, Saya nak menyapu air mata.
Kurik Kundi Merah SagaJerang periuk jerang belanga, Sama berjerang keduanya; Sudah terjenguk jandaku lama, Sama tercengang keduanya.
Kurik Kundi Merah SagaTiup api periuk belanga, Tempat memasak daging kerbau; Abang pergi janganlah lama, Adik tinggal tidaklah dihirau.
Kurik Kundi Merah SagaMasak nasi periuk tergantung, Hanyut sampan dari Langat; Apa nasib badan diuntung, Petang-petang asyik teringat.
Kurik Kundi Merah SagaMasak nasi periuk tergantung, Pungut putung dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang.
Kurik Kundi Merah SagaMasak nasi periuk tergantung, Hanyut puntung dari paya; Niat hati hendak bergantung, Orang tak hendak apakan daya.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Daik memasak periuk, Bawa pergi tanah seberang; Budi baik kelaku elok, Ke mana jatuh disayang orang.
12

Kembali ke atas