Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
permaisuri (kata nama)
Bersinonim dengan isteri raja, maharani, raja perempuan, rani, ratu, sultanah, suri, tengku ampuan.,

Puisi
 

Rumah kecil alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak berhajat besar,
     Tidak saya sampai ke mari.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

158

A man is remembered by his deed

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A man is remembered by his deed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPermaisuri duduk di dapur, Dayang-dayang sedang menari; Doa abang tidak menyusur, Doa adik selebih lagi.
Kurik Kundi Merah SagaRumah kecil alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak berhajat besar, Tidak saya sampai ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaRumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaSayang serindit punai di Jawa, Permainan anak permaisuri; Pelepah jatuh pucuk ketawa, Pangkal juga menahan diri.
Kurik Kundi Merah SagaRumah besar alang pun besar, Rumahnya datuk permaisuri; Alang-alang kerja besar, Tidakkan saya sampai ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaBungalah tanjung dari utara, Memakai ku cincin permaisuri; Jika ku terkandung dalam perkara, Tidak kukunci memangku diri.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke Jeddah, Pergi dengan anak permaisuri; Kalau teringin hendak makan buah, Buah masak di ranting tinggi.

Kembali ke atas