Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ma.tang] | ڤرماتڠ

Definisi : jalan kecil yg tinggi sedikit drpd permukaan di sekelilingnya (di sawah dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ma.tang] | ڤرماتڠ

Definisi : 1 jalan kecil (jaluran tanah) yg tinggi sedikit drpd kawasan di sekitarnya. 2 = ~ sawah tambak atau batas kecil di sawah yg digunakan sbg tempat berjalan dll; ban. 3 bahagian yg tertinggi pd lereng gunung atau bukit (biasanya memanjang dr puncak hingga ke kaki gunung atau ke kaki bukit); bahagian tempat dua lereng (gunung, bukit) bertemu. ~ laut benteng yg panjang dan curam permukaannya yg dibina oleh ombak yg kuat pd tikas air pasang di sepanjang pinggir pantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata permatang

Puisi
 

Belah permatang mengalir pergi,
     Pasir Mak Bayu dipukul ribut;
Sembahlah datang salam ke mari,
     Pohon kasih seumur hidup.


Lihat selanjutnya...(22)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKami malas berhuma panjang, Turun permatang naik permatang; Kami malas hidup bujang, Sirih datang pinang pun datang.
Kurik Kundi Merah SagaBelah permatang mengalir pergi, Pasir Mak Bayu dipukul ribut; Sembahlah datang salam ke mari, Pohon kasih seumur hidup.
Kurik Kundi Merah SagaLagi pauh permatang rendah, Ambil cengal buat kemudi; Dari jauh abang datang, Dengar dinda baik budi.
Kurik Kundi Merah SagaDari pauh permatang layang, Singgah berapat papan kemudi; Dari jauh abang datang, Mengenang adik baik budi.
Kurik Kundi Merah SagaBunyi kuang permatang tujuh, Gesel sembilu di tengah jalan; Dengar pesan abang jauh, Bangun merindu tengah malam.
Kurik Kundi Merah SagaTetak pauh atas permatang, Ambil cengal buat kemudi; Abang jauh lagi datang, Dengar adik baik budi.
Kurik Kundi Merah SagaPokok pauh tepi permatang, Pokok pandan di birai perigi; Dari jauh hamba nan datang, Mendengar tuan yang baik budi.
Kurik Kundi Merah SagaKusangka nanas dari permatang, Rupanya pandan tiada berduri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari.
Kurik Kundi Merah SagaKusangka nanas atas permatang, Rupanya durian tajam duri; Disangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari.
Kurik Kundi Merah SagaDentam-dentum atas permatang, Orang mengemping padi muda; Abang! Abang! Tunangku datang, Payungnya kuning tekat pelada.
123

Kembali ke atas