Kurik Kundi Merah Saga | Buah rambai buah rambutan, Masak sebiji celah daun; Sudah nasib permintaan badan, Buah masak dimakan burung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil galah jolok kedondong, Galah patah menimpa dahan; Bukannya salah ibu mengandung, Sudah nasib permintaan badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang tekukur digulai lemak, Masak mari dalam kuali; Lagi lumpur jalan bersemak, Sudah kehendak permintaan hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang tekukur digulai lemak, Masak mari dalam kuali; Lagi lumpur jalan bersemak, Sudah kehendak permintaan hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan cempedak dari seberang, Buang kulit di tepi hutan; Bukan salah darinya orang, Sudah nasib permintaan badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Johor ke Majapahit, Singgah semalam di Pulau Bentan; Sudah masyhur nama yang baik, Barulah bertuah permintaan badan. |