Kurik Kundi Merah Saga | Nak luruh rupanya hari, Tidak pernah gelombang tujuh; Inilah tua rupanya kami, Tidak pernah mumbang tumbuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal kecil kapal besar, Kapal tak pernah naik haji; Dari kecil hingga besar, Saya tak pernah mungkir janji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau purut tanam di lembah, Gugur buahnya dimakan ular; Belum pernah saya beroleh, Baru ini iman tergugur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik rumah tidak bertangga, Kucing memanjat di batang tiang; Saya tak pernah tidur berdua, Peluk bantal sampailah ke siang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Cina dari Seberang, Bawa jual ikan tenggiri; Mengata orang jangan sebarang, Tak pernah cermin diri sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain Jawa sehasta panjang, Dibawa budak turun mandi; Banyak muda sudah dipandang, Tapi tak pernah melekat di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain Jawa sehasta panjang, Dibawa budak turun mandi; Banyak muda sudah dipandang, Tapi tak pernah melekat di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak endong mandi berjirus, Sejuk sampai ke tulang sendi; Biasa kurenung biasa kubungkus, Berniaga belum pernah rugi? |
Kurik Kundi Merah Saga | Luka tangan terkena pisau, Darahnya banyak tidak terkira; Bila terkenang hati risau, Tidur malam tak pernah jendera. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jolok nangka di kampung hilir, Berselang kain ke pasar lama; Jangan disangka pada yang lahir, Namun batin tak pernah sama. |