Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ta.ni] | ڤتاني

Definisi : orang yg peker­­­jaannya bercucuk tanam (mengusahakan tanah), pekebun, peladang, pesawah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ta.ni] | ڤتاني

Definisi : orang yg kerjanya bercucuk tanam atau bertani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tani
Kata Terbitan : bertani, pertanian, petani,

Puisi
 

Lima belas dayung petani,
     Pisang emas masak di kebun;
Tuanlah belas memandang kami,
     Siang nan panas malam berembun.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang petani membuat dangau, Dibiar kosong tidak bekerja; Berapa tinggi terbang bangau, Akhirnya di belakang kerbau juga.
Kurik Kundi Merah SagaLima belas dayung petani, Pisang emas masak di kebun; Tuanlah belas memandang kami, Siang nan panas malam berembun.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas dayung petani, Bertanam nanas dalam kebun; Tidakkah belas pandangkan kami, Siang berpanas malam berembun.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi pasir Kuala Petani, Rasa mengambil rasa tidak; Apa taksir pada kami, Rasa nak masuk rasa tidak.
Kurik Kundi Merah SagaBurung tebit burung jelatuk, Singgah hinggap di Tanjung Petani; Minta tabik segala datuk, Datuk bumi belantara sini.
Kurik Kundi Merah SagaBurung belibis burung jelatuk, Singgah menyewa di kampung petani; Minta tabik segala datuk, Datuk ada semua di sini.

Kembali ke atas