Kurik Kundi Merah Saga | Muara peti pandai menyala, Kulit kerang asalnya kapur; Hiduplah api menyala-nyala, Letak apa belanga ke dapur? |
Kurik Kundi Merah Saga | Kinabalu bertangga peti, Ambil gemala di mulut naga; Kalau sudah paksa di hati, Mahal murah baik harga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kekati atas peti, Anak tekukur bawah batang; Dari pagi saya nanti, Hari petang baru datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kinabalu bertangga peti, Ambil kumala di mulut naga; Jikalau sudah kata di hati, Tepian hidup terus dicuba. |
Kurik Kundi Merah Saga | Patah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain pelikat di dalam peti, Satu Jumaat sekali buka; Sudah terikat dalam hati, Satu rakaat tidak lupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain culas di atas peti, Ditekat jangan diberi jangan; Sudah ikhlas dalam hati, Diumpat jangan dipuji jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk paku di atas peti, Buah rambai tepi laut; Termenung aku dalam mimpi, Kasih dilambai tidak menyahut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Penangan juadah di atas peti, Pinang selaya dari kota; Putuslah sudah harapan hati, Gugur berderai si airnya mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur manis dimakan rusa, Peti belayar Negeri Keling; Buat manis hadapan kita, Hati berkisar tempat lain. |