Kurik Kundi Merah Saga | Pinggan tak retak nasi tak dingin, Rama-rama di punca kain; Tuan tak hendak saya tak ingin, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bahulu dalam pinggan, Tiga hidangan roti raji; Jangan malu jangan segan, Kita sudah suami isteri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padi pulut dalam pinggan, Padi Jambi tepi perigi; Janji mulut boleh lupakan, Janji hati bawa ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi tak dingin pinggan tak retak, Anak tekukur terbang ke mana; Orang tak ingin hamba tak hendak, Orang tak tegur hamba tak tanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya tak mahu tatih ke pinggan, Saya nak fasih sambil duduk; Saya tak mahu kasih sebulan, Saya nak kasih seumur hidup. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan belayar menyusur bulan, Mangkuk pecah pinggan teringin; Adik kacak macamlah bulan, Saya di kampung haram tak ingin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Maulana Si Maulani, Kucing bubuk makan di pinggan; Mahu di sana mahu di sini, Seperti pungguk rindukan bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayur meranti dirampai ketola, Nasi putih dalam pinggan; Sampai hati sampai rasa, Sedang berkasih tuan tinggalkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayur meranti dirampai ketola, Nasi putih dalam pinggan; Sampai hati sampai rasa, Sedang berkasih tuan tinggalkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Pak Uda menahan racik, Umpannya kelkatu dalam pinggan; Kalau ada budi yang baik, Menjadi abu orang kenangkan. |