Kurik Kundi Merah Saga | Jangan diangkat benda yang berat, Terkikir pinggang sakit belikat; Patah pancang tinggal sekerat, Tinggal tunggul sangka pukat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju hitam kancingnya tujuh, Berikat kain di pinggang; Kalau tuan berhati sungguh, Boleh ikut kami dari belakang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju hitam kancingnya tujuh, Berikat kain di pinggang; Kalau tuan hatinya sungguh, Ikut saya dari belakang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hilang tin gunung ditumpal, Nampak dari Gunung Jematu; Pinggang ramping badannya tebal, Pandai juga membuat laku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil tepi laut, Tempat budak main biola; Pinggang kecil bagai diraut, Itulah tempat saya gila. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil pintu ke laut, Tempat Cik Baba menggesek biola; Pinggang kecil bagai diraut, Mana hati abang tak gila. |
Kurik Kundi Merah Saga | Emas merah kesuma danding, Perahu sarat seperti pelanting; Awaknya putih pinggang ramping, Matanya tajam seperti gunting. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Mat jalan melenggang, Dua tiga ranting patah; Air laut sekerat pinggang, Buku lali haram tak basah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari teluk ke Tanjung Tamping, Anak Riau memanjat pagar; Sudah terpeluk pinggang yang ramping, Hari siang haram tak sedar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam Sungai Palembang, Tempat orang turun menjala; Sungguh ada senjata di pinggang, Tidak boleh ditikam saja. |