Kurik Kundi Merah Saga | Pintu kota gantunglah jam, Kayu bernama si kayu jati; Kalau senjata kurang tajam, Sekali tikam haram tak mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berarak di pintu kota, Hendak menyembah Raja Melaka; Adik bercinta abang bercinta, Sampai ke manakah cinta kita? |
Kurik Kundi Merah Saga | Anjinglah asap asap berbuku, Anjing menyalak di pintu kota; Lagi tak dapat lagi berguru, Hendaklah sapu arang di muka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak buluh panjang sepuluh, Buah pala di pintu kota; Apa guna suruh-menyuruh, Tipu daya kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun mempelas berbalik-balik, Orang berdagang di pintu kota; Tidaklah belas melihat adik, Duduklah berendam si air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak memakan tebu, Tebu ditanam di depan kota; Duduk termenung di muka pintu, Terkenang kekasih jauh di mata. |