Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.pi] | ڤيڤي

Definisi : bahagian muka di bawah pelipis: air matanya membasahi kedua-dua belah ~nya; ekor ~ bahagian pipi di sebelah bawah; lesung ~ lekuk pd bahagian pipi, lesung pipit; tulang ~ tulang pd bahagian pipi di atas tulang rahang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.pi] | ڤيڤي

Definisi : bahagian muka di antara pelipis dgn dagu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pipi

Puisi
 

Satu tiga golongan di dahi,
     Bertambah pula sojen di pipi;
Kamilah tetap diam di sini,
     Kami tak dapat menahan pergi.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Dikerkah dia menampar pipi,
     dibakar dia melilit puntung.

Bermaksud :

Tidak mahu mendiamkan diri terhadap perlakuan yang tidak baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLentik sungguh pipi kijang, Anak rusa minum di mangkuk; Adik kecil dadanya bidang, Tempat abang bersandar mabuk.
Kurik Kundi Merah SagaSatu tiga golongan di dahi, Bertambah pula sojen di pipi; Kamilah tetap diam di sini, Kami tak dapat menahan pergi.
Kurik Kundi Merah SagaSayang rokok hisap di mulut, Asap dia gulung ke pipi; Tuan bercakap manis di mulut, Saya mendengar pedih di hati.
Kurik Kundi Merah SagaCak pipit burung serindit, Mari mati di kaki bukit; Kucium hidung pipi tergigit, Kerana geram tak rasa sakit.
Kurik Kundi Merah SagaDayang Juita menanam padi, Rumah buruk tangga sembilan; Air mata jatuh ke pipi, Macam pungguk rindukan bulan.
Kurik Kundi Merah SagaTerbang tempua melayang-layang, Dari sawah ke Kampung Pandan; Air mata di pipi berlinang, Ke mari sayang saya usapkan.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pucung terbang melintang, Sudah melintang membujur pula; Cium hidung bayar hutang, Cium pipi berhutang pula.
Kurik Kundi Merah SagaCik Genap memakan lada, Lada ada di kebun orang; Menghadap panau di dada, Panau di pipi naga berjuang.
Kurik Kundi Merah SagaManis sungguh tebu seberang, Manis di umbi sampai ke hujung; Manis sungguh adik seorang, Manis di pipi sampai ke hidung.
Kurik Kundi Merah SagaDari mana tajam puteri, Dari pokok ke tepi; Dari mana abangku cium tadi, Dari hidung sampai ke pipi.
12

Kembali ke atas