Kurik Kundi Merah Saga | Pisau tajam pisau pencukur, Buat mengerat kuku kaki; Kalau kumbang bukan seekor, Bunga pun banyak bukan sekaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau raut perancung kalam, Kalam dirancung empat segi; Di tengah laut harimau mengeram, Kucing mengiau di Pauh Janggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau tunjung ke laut, Mari dinaik melihatlah bulan; Apa khabar melangkah laut, Kamilah di rumah melihat bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau raut ulu manung, Sudah manung bersalut timah; Lautan dalam ada gunung, Tak kusangka hujan dalam tanah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau raut panjang sekerat, Buat meraut rotan saga; Ikan di laut asam di darat, Dalam belanga berjumpa juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau kecil baik dikilir, Supaya deras matanya tajam; Hujan di hulu hujan di hilir, Gunung tinggi bilakah karam? |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau raut membelah pinang, Parang mengerat pokok papaya; Karam di laut boleh direnang, Karam di darat apa upaya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau raut dalam bumbung, Hendak mencincang mentimun batu; Tujuh lautan sembilan gunung, Dendam rindu sebut namaku. |