Kurik Kundi Merah Saga | Pokok nyiur pokok pinang, Pokok dedap pohon pandan; Bila mendengar adik bertunang, Abang di sini tak sedap badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok rumbia pokok dedap, Manakan sampai si pokok jambu; Sedangkan lebai lagikan tersilap, Inikan pula kurang ilmu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok berembang pokok bidara, Tumbang berpaut di dahan bakau; Kalau tuah memang ada, Jatuh ke laut menjadi pulau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok ciku pokok kuini, Buahnya gugur ke dalam paya; Kalau kutahu nasib begini, Tidak guna hidup di dunia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok rambai pokok penapak, Kujolok mari luruh bunganya; Kulambai tidak nampak, Akan kulangkau jauh rumahnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok ciku pokok meranti, Dititi oleh anak undan; Setiap waktu duduk menanti, Menanti tiba janjinya tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok pauh tepi permatang, Pokok pandan di birai perigi; Dari jauh hamba nan datang, Mendengar tuan yang baik budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok beringin daunnya hijau, Pokok lada ditebas budak; Hati ingin memandang pulau, Biduk ada pengayuh tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau adik menutuh kepung, Pokok kering si pokok mengkudu; Kalau abang balik ke kampung, Adik di sini menanggung rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok keladi di tepi paya, Bunga teratai kembang bertaut; Kalau berbudi pada yang kaya, Sama mencurah garam ke laut. |