Kurik Kundi Merah Saga | Buah manggis pokoknya rendang, Panjat mari pakai tangga; Mulut manis hati bimbang, Takut tak sampai bagai diduga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Rhu di hujung tanah, Pokoknya beratur seperti jambangan; Kematian Mahsuri kerana fitnah, Kini hanya tinggal kenangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon bidara menjulang tinggi, Umbi pokoknya sudah berbanir; Tersenyum dara tunduk ke bumi, Ibu jari menguis pasir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lihatberembang di atas gunung, Tumbuh di bawah pokoknya jati; Lihatlah aku berulam jantung, Menunggu abang bersama mati. |