[pon.do/] | ڤوندوق
Definisi : 1. rumah kecil yg didirikan utk sementara (di sawah, di ladang, dll), dangau, gubuk, teratak; 2. rumah (utk merendahkan diri apabila bercakap dgn orang); 3. Jk rumah kecil yg tidak elok (berdinding buluh beratap rumbia dll); 4. Jw madrasah dan asrama tempat mengaji (belajar agama dll); ~ telefon bangunan kecil tempat telefon utk kegunaan orang ramai; memondok menumpang tinggal dan makan; memondokkan 1. memberi tempat menumpang (di rumah orang dll), menumpangkan (di rumah orang dll); 2. memberi tempat menumpang; pondokan 1. = pemondokan rumah tumpangan, rumah tempat menginap; 2. tumpangan, penginapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pon.do/] | ڤوندوق
Definisi : 1 rumah kecil yg didirikan utk kegunaan sementara saja; dangau. 2 rumah (digunakan utk merendah diri apabila bercakap dgn orang). 3 rumah yg tidak berapa sempurna dan biasanya beratapkan rumbia, berdindingkan buluh dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)