Kurik Kundi Merah Saga | Hutan di hulu banyaknya rebung, Potong-potong taruh di karung; Kalau tak mahu galah disambung, Buah masak dimakan burung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Potong ara potong kelapa, Potong mari belakang mati; Mabuk arak tidak mengapa, Mabukkan janda membawa mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Potong sirih kutil hujungnya, Potong sampai kedai Cina; Datang kasih memujuk-mujuknya, Kasih tidak berkekal lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Potong senduduk berbelah-belah, Mari diletak di dalam pinggan; Telunjuk saya diberi Allah, Suruh mencelup kapur intan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batang kelapa dipotong-potong, Tiap satu tidak disukat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jak jeti murai batu, Kereta ekor potong kepala; Kalau kudapat kemudi itu, Kutabur urai tujuh kuala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gelap-gelap minum kopi, Ambil pisau potong roti; Tak boleh hajat di hati, Biar bujang sampai ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan lonteng perkara lonteng, Lonteng datang dari Labuan; Bukan runding perkara runding, Runding biasa potong haluan. |