Kurik Kundi Merah Saga | Tanam pinang rapat-rapat, Senang puyuh berlari; Sudah pinang tidak dapat, Pujuk-pujuk bawa lari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam pinang rapat-rapat, Biar senang puyuh berlari; Kalau dipinang-pinang tak dapat, Pujuk-pujuk kubawa lari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kulit ular dikata tebal, Tebal lagi kulit sawa; Kalau pujuk makin menyebal, Kalau dimarah baru tertawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau kulurut padi manila, Burung merenung menjadi kumbang; Kalau kuturut hati suka, Kupujuk-pujuk bawa pulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau kulurut padi manila, Burung merenung menjadi kumbang; Kalau kuturut hati suka, Kupujuk-pujuk bawa pulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ati-ati kulit manis, Ragi-ragi dalam puan; Laki-laki mulut manis, Pandai pujuk hati perempuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Daik mencari remis, Membawa bubu bersama tangguk; Disangka baik mulut yang manis, Rupanya tipu dalam pujuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Manis sungguh tebu sebatang, Dari akar hingga ke pucuk; Manis sungguh mulut orang, Terkena tipu dalam pujuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Manis sungguh tebu seberang, Dari perdu sampai ke pucuk; Manis sungguh mulut cik abang, Tipu adik di dalam pujuk. |