Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tam­bahan lagi: memang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4. gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1 agaknya; gerangan: Siapa ~ yg datang malam-malam begini? 2 berulang lagi; sekali lagi: Pagi tadi sudah datang, sekarang datang ~. 3 juga: Ada ~ orang yg menyokongnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pula (kata tugas)
Bersinonim dengan jua, pun, juga.,

Puisi
 

Hendak berumah berumah pula,
     Rumah saya di tengah huma;
Hendak bermaaf bermaaf pula,
     Maaf seorang maaf semua.


Lihat selanjutnya...(132)
Peribahasa

Sudah hamba diperhamba pula.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).

 

Lihat selanjutnya...(122)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSudah beremas beremas pula, Emas sekupang dalam cerana; Sudah bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua.
Kurik Kundi Merah SagaHendak berumah berumah pula, Rumah saya di tengah huma; Hendak bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua.
Kurik Kundi Merah SagaSudah berdebu berderai pula, Berderai sampai ke kota raja; Sudah bertemu bercerai pula, Tinggallah tuan cahaya mata.
Kurik Kundi Merah SagaSudah berdebu berderai pula, Berderai sampai ke kota raja; Sudah bertemu bercerai pula, Tinggallah tuan cahaya mata.
Kurik Kundi Merah SagaDari seberang ke seberang pula, Hanyut pandan dari kuala; Dari seorang seorang pula, Dandan juga pusing kepala.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana mengail udang, Lepas ditarik dienjut pula; Bagaimana bermain bujang, Lepas senyum ketawa pula.
Kurik Kundi Merah SagaKetam padi jerami tinggi, Ketam pula balik pulau; Kalau tiada kami di sini, Siapa pula teman bergurau.
Kurik Kundi Merah SagaBeli kain terus dilipat, Lipat pula cara sedia; Cari yang lain tidak dapat, Balik pula pada dia.
Kurik Kundi Merah SagaSakit kaki kena lalang, Kena pula di bayang dusun; Sakit hati kata dek orang, Kata pula di dalam pantun.
Kurik Kundi Merah SagaSaya nak mandi tambatan banyak, Tambah pula ada buaya; Saya nak berbini hutang banyak, Tambah pula hina dina.
12345678910...

Kembali ke atas