Kurik Kundi Merah Saga | Pun tali pun, Anak ayam bulu balik; Dalam perintah Jepun, Kita makan ubi keledek. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mudik berenang hilir berenang, Hanyut sampai ke Tanjung Jati; Budi pun kenang rupa pun kenang, Tuanlah pandai mengambil hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ini rasa asam kelubi, Jatuh di laut timbul tenggelam; Ini rasa mengenang budi, Rumah pun jauh hari pun malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain batik baju pun batik, Batik datang dari Jawa; Adik cantik abang pun cantik, Macam pinang dibelah dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Temirang baru perahu pun baru, Baru sekali masuk Melaka; Abang baru adik pun baru, Baru sekali bertentang mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih tidak pinang pun tidak, Minta sekapur kurangnya dua; Kasih tidak kenang pun tidak, Minta tidur semalam dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak tunang pun tidak, Saja dia berulang-ulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak kenang pun tidak, Sahaja abang terulang-ulang. |