Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan menggetah pungguk, Pungguk bersarang tali temarang; Pada tuan tembaga buruk, Pada saya intan berkarang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunyi pungguk Kuala Sipitang, Pungguk tidak berbayang tinggi; Jangan pula abang datang, Abang tidak bermalam sini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi pungguk Kuala Petang, Pungguk tidak terbang tinggi; Jangan tunduk abang datang, Abang tidak suka begini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Si pungguk helang karikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh dia unjuk berikan, Pepat di luar rencong di dalam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Helang pungguk helang perikan, Tidur siang jaga malam; Jari telunjuk diberikan, Pepat di luar rencong di dalam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Helang pungguk helang berikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh unjuk tidak berikan, Pepat di luar rencong di dalam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lang pungguk terbang berbalik, Hinggap seekor pohon keladi; Barang buruk jangan dibelek, Silap mata kena beli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung pungguk burung dewata, Hinggap mari di ranting mati; Sungguhpun duduk jauh di mata, Kasih tetap di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari mana pungguk menali, Benang setongkol dibahagi lima; Lama sudah kami menanti, Padang belukar menjadi rimba. |
Kurik Kundi Merah Saga | Merayu-rayu si burung pungguk, Hinggapnya pula di hujung dahan; Ke tanah suci lalu dijenguk, Ke rumah hamba haram tak datang. |