Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = mempunyai menaruh, ada, memi­liki: kau masih ~ duit?; ~ kerja Jk berhajat (mengadakan perayaan perkahwinan dll); 2. = kepunyaan sesuatu yg dimiliki, hak, milik: buku ini ~ saya bukan ~ tuan; 3. = yg ~ = tuan ~ yg memiliki, pemilik: tolong kembalikan buku ini kpd tuan ~nya; manusia sejati yg ~ segala kemungkinan; ini saya ~ saya pemiliknya (kepunyaan saya); 4. bp milik drpd; dia ~ fasal fasalnya; dia ~ rumah rumahnya; engkau ~ salah salahmu; tuan ~ hal hal tuan; 5. bp sesudah begitu lama (berjalan, berhitung, berfikir, dll), dgn sungguh-sungguh, baik-baik (utk mempersangat): jalan ~ jalan bersualah mereka dgn seorang perempuan; hitung ~ hitung wang itu ternyata kurang juga apabila dihitung-hitung atau apabila dihitung betul­-betul; fikir ~ fikir akhirnya diterimanya juga tawaran itu sesudah berfikir-fikir atau sesudah difikirkan sungguh-sungguh; pilih ~ pilih terdapat nyiur ditebuk tupai apabila memilih­milih sangat terdapat yg tidak elok; sepunya dimiliki (dipunyai) bersama oleh dua pihak atau lebih: kerjasama ini jelas kelihatan dgn munculnya satu bidang ~; berpunya 1. ada yg punya (empunya), sudah dimiliki, bertuan: harta tidak ~ harta yg tidak ada pemiliknya; 2. sudah bersuami (beristeri), sudah bertunang: gadis itu sudah ~, jangan diganggu lagi; 3. berada, kaya (orang): dia suka bergaul dgn orang yg ~ sahaja; mempunyai, mengepunyai ark, mengem­punyai ark memiliki, menaruh: fantasi sebenarnya suatu pembawaan yg tidak dipunyai oleh tiap-tiap orang; Pak Kaduk dan Lebai Malang memang merupakan manusia yg dungu tetapi ~ daya berfikir; mempunyakan ark 1. menjadikan milik; 2. mempunyai; kepunyaan sesuatu yg dipunyai (oleh), hak, milik: kebanyakan tanah ini ~ orang kampung; pemunya yg empunya, yg mempunyai, pemilik; empunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 orang yg memiliki sesuatu; pemiliknya; tuannya; empunya: Rumah ini saya ~. Baju itu tuan ~. 2 = yg ~ yg memiliki; yg empunya: Cincin di jari siapa ~? Rumah itu siapa ~? 3 bp (utk menegaskan maksud kata yg diulang) dgn sungguh-sungguh: Cari ~ cari, tidak juga ditemukan. berpunya 1 ada yg empunya; ada pemiliknya; bertuan: Tanah ini belum ~. 2 sudah beristeri atau bersuami; sudah bertunangan: Jangan ganggu wanita yg sudah ~. 3 kaya; berada: Sekarang dia sudah tidak sudi menjenguk kami yg tidak ~ ini. mempunyai ada menaruh atau menyimpan sesuatu; ada yg dimilikinya; memiliki: Ayahnya ~ harta yg banyak. kepunyaan sesuatu yg dipunyai; hak milik: Kereta ini ~ siapa? sepunya ist dipunyai bersama-sama oleh dua kuantiti atau lebih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata punya.

Puisi
 

Anak Cina pulang ke China,
     Sampai ke China menjual ragi;
Engkau punya aku pun punya,
     Sama sekerat kita berbahagi.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Manusia punya asa,
     Tuhan punya kuasa.

Bermaksud :

Manusia hanya boleh berharap, tetapi Tuhan berkuasa berbuat sesuatu yang dikehendakinya. asa = harapan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang Cina pergi ke China, Datang ke China berdagang babi; Tuan punya saya pun punya, Sekerat seorang kita berbahagi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina pulang ke China, Sampai ke China menjual ragi; Engkau punya aku pun punya, Sama sekerat kita berbahagi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina pulang ke China, Datang ke China memakan babi; Tuan punya saya pun punya, Sedikit seorang kita berbahagi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina pulang ke China, Hendak ke China memakan babi; Tuan punya saya pun punya, Sekeras-keras masih di hati.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk padang tumbuh ke padang, Pucuk keduduk siapa punya; Orang dagang pulang ke dagang, Orang duduk siapa punya.
Kurik Kundi Merah SagaDari dahulu cermin cina, Sudah sekarang patah gantinya; Dari dahulu kami yang punya, Sudah sekarang tuan yang punya.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan tepi berkilat, Cicir di jalan siapa punya; Hajat hamba mengirim surat, Adakah tuan sudi membalasnya?
Kurik Kundi Merah SagaGendang Cik Samat gembala angsa, Telur angsa sarang setalam; Umat Muhammad punya bangga, Embun menitis serata alam.
Kurik Kundi Merah SagaSayang keduduk balik rumah, Akar menyorok tiang seri; Tuan duduk tuan punya rumah, Kami nak pulang minta diri.
Kurik Kundi Merah SagaZaman dahulu cermin cina, Hingga sekarang patah kakinya; Zaman dahulu saya punya, Hingga sekarang ada gantinya.
1234

Kembali ke atas