Kurik Kundi Merah Saga | Apa timbul dalam puri, Halwa ridan bersama cempedak; Apa masyghul di dalam hati, Pagi makan petang tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rampai-rampai di Tanjung Puri, Pulau Pandan jauh ke tengah; Seronok ramai sementara tak mati, Kalau mati dikandung tanah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal berlabuh di Tanjung Puri, Kapal bermuat si kayu manis; Bila terpandang cincin di jari, Sedih hati lalu menangis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putus benang kain berinda, Meneruskan ke Padang Puri; Putus gendangnya dipukul cinta, Nyawa terikut badan sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kacang Cina dalam kota, Rampai-rampai di Tanjung Puri; Hidup di dunia bersuka ria, Seronok-seronok sementara nak mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau sudah beralih nama, Mari bawa ke dalam puri; Saya sudah siasatnya bunga, Bunga sudah berkenan di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau sudah beralih nama, Mari bawa ke dalam puri; Saya sudah siasatnya bunga, Bunga sudah berkenan di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasang ombak di laut tinggi, Gelombang macam di Tanjung Puri; Jika abang berjiwa tinggi, Jika sungguh menyerah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kekalkan Mas Merah dari Seberang, Singgah sebentar ke Tanjung Puri; Buah hati kekasih orang, Rindu kutanggung seorang diri. |