Kurik Kundi Merah Saga | Bulan purnama indah mengambang, Nampak dari Tanjung Bidara; Sudah lama saya berdagang, Mencari lain belum berjumpa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasang ini pasang purnama, Daun cempedak tidak melayang; Datang ini datang bertanya, Hendaklah tidak berkasih sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lima belas bulan purnama, Embun sudah di daun padi; Kalau sudah sebut nama, Berasyik rindu di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Empat belas bulan purnama, Mendung berarak jadi gelita; Harap di hati nak hidup bersama, Apakan daya jodoh tiada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi-tinggi matahari, Tinggi lagi bulan purnama; Sungguh lama saya mencari, Barulah berjumpa sahabat menjelma. |
Kurik Kundi Merah Saga | Empat belas bulan mengambang, Bulan belum purnama lagi; Kalau ingat kepada abang, Hendak simpan di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mana kata bulan tak cerah, Bulan belum purnama lagi; Mana kata abang tak susah, Badan bersama belum lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gelap sungguh di tengah malam, Kerana bulan belum purnama; Ramai sungguh orang di laman, Saya tak tahu datang dari mana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tengah malam lancong ke hujung, Pungguk merindu bulan purnama; Sekadar diri sedarkan untung, Rebah ke bantal menyebut nama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan kekek ikan gelama, Ikan tiada dalam sungai; Abang pergi tujuh purnama, Abang balik adik tak kenal. |