Kurik Kundi Merah Saga | Limau purut dipancung putus, Diputus dengan hujung pedang; Harimau mati dilanggar tikus, Buaya mati di tepi gudang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau purut dipancung putus, Diputus dengan hujung pedang; Harimau mati dilanggar tikus, Buaya mati di tepi gudang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau purut lelang, Ketiga dengan limau kasturi; Gunung diseru menjadi padang, Baru senang berjalan kaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau purut tanam di lembah, Gugur buahnya dimakan ular; Belum pernah saya beroleh, Baru ini iman tergugur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau purut limau sembawa, Limau manis tibak-tibakkan; Akan turut tidak dibawa, Tinggal menangis sidak-sidakkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau purut lebat ke pangkal, Daun selasih condong uratnya; Hujan dan ribut dapat ditangkal, Hati kasih apa ubatnya? |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau purut jatuh ke pangkal, Sayang selasih condong ke barat; Hujan ribut dapat kutangkal, Hati rindu apa ubat? |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau purut batang berduri, Mari dilurut hujung tambak; Kalau tuan menjauh diri, Biar saya mati berombak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk manis pucuk langgudi, Daun purut digetus rusa; Yang manis bernama budi, Yang indah itu bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jantung ini jantung sekerat, Limau purut dalam ceper; Pantun ini pantun ibarat, Dalam perut mencari fikir. |