Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.te.ri] | ڤوتري

Definisi : 1. sl anak raja yg perempuan; tuan ~ anak perempuan raja, permaisuri raja; 2. anak perempuan (utk menghormati), (kaum) wanita: pandu ~; ~ sejati; ~ malam ark ki bulan. keputerian hal (sifat, darjat dsb) yg berkaitan dgn puteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.te.ri] | ڤوتري

Definisi : ; ~ malu sj tumbuhan (pokok renek), keman, Mimosa pudica; bunga ~ sj tum­buhan (anggerik), bunga bidadari, ekor gajah, Grammatophyllum speciosum; daun ~ sj tumbuhan (pokok renek), adap-adap, balik adap, serogah, Musaenda glabra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.te.ri] | ڤوتري

Definisi : ; ~ mandi Kl sj kuih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.te.ri] | ڤوتري

Definisi : 1 bd anak perempuan kpd raja. 2 anak perempuan (utk menghormati). 3 gelaran utk orang perempuan yg emaknya berketurunan raja tetapi ayahnya orang kebanyakan. tuan ~ anak raja yg perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puteri (kata nama)
Bersinonim dengan anak raja perempuan, tuan puteri, permaisuri raja; anak perempuan, wanita;,

Puisi
 

Tuan puteri mandi di taman,
     Mari turun ke bulan Rejab;
Pertama arif lagi budiman,
     Satu soal tidak dijawab.


Lihat selanjutnya...(20)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPuteri bersiram berpakai kemban, Bersiram di kolam raja; Tuan umpama bunga yang kembang, Banyaklah kumbang datang memuja.
Kurik Kundi Merah SagaTuan puteri mandi di taman, Mari turun ke bulan Rejab; Pertama arif lagi budiman, Satu soal tidak dijawab.
Kurik Kundi Merah SagaTuan puteri rambutnya perang, Mati ditikam Melayu jati; Dulu terbilang batik Semarang, Sekarang dibuat basahan mandi.
Kurik Kundi Merah SagaOrang meminang puteri tujuh, Ambil air cucikan kaki; Benih muda kalau bertumbuh, Pucuknya hijau cabangnya mati.
Kurik Kundi Merah SagaJohor Bahru Tanjung Puteri, Angin berhembus di Barat Daya; Jangan dikejar gunung berlari, Hilang kabus nampaklah dia.
Kurik Kundi Merah SagaDari mana tajam puteri, Dari pokok ke tepi; Dari mana abangku cium tadi, Dari hidung sampai ke pipi.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk pauh semangga-mangga, Puteri mandi dalam jambangan; Meski jauh rumah tangganya, Hilang di mata di hati jangan.
Kurik Kundi Merah SagaKain berlipat dalam istana, Pakaian puteri raja kayangan; Sepatah nasihat ilmu yang berguna, Secubit budi jadi kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaRosak lesung kerana antan, Sebab menumbuk padi puteri; Hilang buntat berganti intan, Baru jadi sinar negeri.
Kurik Kundi Merah SagaGulai kacang campur cendawan, Beri makan tuan puteri; Habis bintang disapu awan, Bulan bersinar dengan matahari.
12

Kembali ke atas