Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung kecil yg tidak berekor, Tatnix suscitator atrogularis; bagai ~ laga prb percakapan yg tidak habis-habis; mati ~ hendakkan ekor prb menghendaki sesuatu yg mustahil didapati; sembunyi-sembunyi ~, kepala tersorok ekor kelihatan prb perihal orang yg berbuat sesuatu yg tidak patut dan menyangka tidak diketahui orang perbuatannya padahal semua orang mengetahui; spt ~ mahu yg betina drpd yg jantan prb perihal isteri yg berusaha keras mencari penghidupan sedangkan suaminya bersenang-senang sahaja (tidak mahu bekerja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puyuh I.

Puisi
 

Lari puyuh jalan kontang,
     Tetak dengan batang kemudi;
Darilah jauh abang pun datang,
     Meraikan tuan yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Mati puyuh hendakkan ekor.

Bermaksud :

Ingin mendapat sesuatu yang tak mungkin tercapai.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBurung bintik disangka puyuh, Puyuh hinggap di ranting saja; Mimpi-mimpi disangka sungguh, Buka selimut seorang sahaja.
Kurik Kundi Merah SagaLari puyuh jalan kontang, Tetak dengan batang kemudi; Darilah jauh abang pun datang, Meraikan tuan yang baik budi.
Kurik Kundi Merah SagaBesar puyuh dari pipit, Cari makan tepi kolam; Begitu banyak pulau dan bukit, Guna apa di dalam alam?
Kurik Kundi Merah SagaBurung puyuh meniti di batang, Batang manggis condong ke paya; Kebaya labuh bersanggul lintang, Senyum manis di pagi raya.
Kurik Kundi Merah SagaPangeran duduk di Jambi, Puyuh maharam di atas padi; Sangat hairan di hati kami, Guruh menderam hujan tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaSangat hairan datuk di Jambi, Puyuh mengeram di atas getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan menderam tanah tak basah.
Kurik Kundi Merah SagaTanam pinang rapat-rapat, Senang puyuh berlari; Sudah pinang tidak dapat, Pujuk-pujuk bawa lari.
Kurik Kundi Merah SagaBurung jelatik makan padi, Burung puyuh dalam jebak; Wahailah adik Sita Dewi, Pandaikah cik adik masak-memasak?
Kurik Kundi Merah SagaTokai jagung biar jarang, Biar senang puyuh berlari; Tanya bulan kepada bintang, Mana terbit matahari?
Kurik Kundi Merah SagaTanam pinang rapat-rapat, Biar senang puyuh berlari; Kalau dipinang-pinang tak dapat, Pujuk-pujuk kubawa lari.
12

Kembali ke atas