Kurik Kundi Merah Saga | Racik-racik kayu cendana, Kayu kira di dalam puan; Wahai cik adik abang nak tanya, Boleh tak kita berjual pantun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Pak Uda menahan racik, Umpannya kelkatu dalam pinggan; Kalau ada budi yang baik, Menjadi abu orang kenangkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke darat membeli mangkuk, Mangkuk berisi buah berangan; Racik dan jerat burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik ke bukit ganyah mangkuk, Baik ganyah tudung saji; Tahan racik burung tak masuk, Burung pandai terbang tinggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik ke bukit bawalah mangkuk, Isikan pula buah berangan; Tahan racik burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Membeli songket di kampung Cina, Kadung berisi buah berangan; Tahan racik burung tak kena, Burung biasa makan di tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rotan batu simpul pulih, Pauh percik dalam cawan; Bagaimana hendak boleh, Tahan racik pintu awan. |