| Kurik Kundi Merah Saga | Ati-ati kulit manis, Ragi-ragi dalam puan; Laki-laki mulut manis, Pandai pujuk hati perempuan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tarik akar si ragi akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Encik Uda baru pulang, Membawa ragi bersama lengkuas; Biarlah saya hanyut terbuang, Asalkan hati berasa puas. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Jangan tuan berkaca pintu, Kaca kain beragi-ragi; Jangan tuan kata begitu, Kata lain banyak lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tenun kain dengannya kapas, Warna corak bermacam ragi; Perahu lilin layar kertas, Cuba melanggar lautan api. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pinang muda atas ragian, Pinang tua beragi-ragi; Kalau muda tahi gigian, Biar tua sekali-kali. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada buah cempedak, Jangan diperam dengan ragi; Khabar tiada alamat pun tidak, Di manalah hendak dicari lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada buah cempedak, Jangan diperam dengan ragi; Khabar tiada alamat pun tidak, Di manalah hendak dicari lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Cepu-cepu Pangkalan Cina, Cepu kecik beragi-ragi; Kalau dulu abang yang punya, Ini sekarang lain berganti. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina pulang ke China, Sampai ke China menjual ragi; Engkau punya aku pun punya, Sama sekerat kita berbahagi. |