Kurik Kundi Merah Saga | Raja Seman Raja Sulaiman, Ketiga dengan Tengku Daud; Baik-baik pegang pedoman, Taufan bergeser ke barat laut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tatkala parang sultan raja, Kapal pecah laut baik; Sungguh emas angkat cahaya, Letak di batu nampak tak baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dibuang akan ke tengah laut, Dipungut oleh raja Maiskol; Halus pinggangnya bagai diraut, Rambutnya panjang hujung bersimpul. |
Kurik Kundi Merah Saga | Panglima raja mudik bergalah, Ditiup angin selatan daya; Laut darat dijadikan Allah, Asam manis semua serupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak raja menjadi duyung, Menjadi duyung di dalam laut; Sangat sengsara hendak bergantung, Rasa bergantung di hujung rambut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raja Sultan bersarung kuda, Buku siap bermain kilarnak; Anjung yang tetap menjadi legar, Dipandang laut berombak tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak raja turun menjala, Dapat seekor ikan haruan; Gunung yang mana jadi paya, Laut mana jadi daratan? |
Kurik Kundi Merah Saga | Raja Arif Shah masuk ke taman, Taman larangan Betara Indera; Arif bertemu dengan budiman, Terlebih indah laut mutiara. |