Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : beberapa batang buluh (kayu dll) yg diikat berangkai (digunakan utk mengangkut orang, barang, dsb menyeberangi sungai dsb); ~ balai gambang sj rumah di atas rakit; ~ pisang Mn sj penganan yg dibuat drpd pisang muda yg disayat dan diatur spt rakit; berakit bergerak di air di atas rakit, meng­guna­kan rakit: perjalanan ~ hanya memakan masa kira-kira tiga jam; berakit-rakit bergerak ke sana sini di air dgn me­ng­gunakan rakit: biarlah kita semua ~ ke hulu sebelum berenang-renang ke tepian; ~ ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian prb bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang; merakit 1. membuat rakit; 2. ki mengatur atau menyusun rapi-rapi; 3. mereka-reka, mencari akal; perakit pengatur, penyusun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rakit (kata nama)
Bersinonim dengan ancu, telatak, jeriau, telatap;,
Kata Terbitan : berakit, merakit, perakit,

Puisi
 

Sayang pindah naik rakit,
     Rakit berikat tali bemban;
Sedangkan lidah lagikan tergigit,
     Inikan pula sahabat sekawan.


Lihat selanjutnya...(35)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRakit-rakit rumah Pak Senu, Lalu tersangkut di pokok pedada; Bertukar ganti saya tak mahu, Sudah dituju dari semula.
Kurik Kundi Merah SagaSayang pindah naik rakit, Rakit berikat tali bemban; Sedangkan lidah lagikan tergigit, Inikan pula sahabat sekawan.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Lengging membuat rakit, Rakit dibuat kayu nyatuh; Biarlah anjing menyalak bukit, Bukit tetap tidakkan runtuh.
Kurik Kundi Merah SagaRakit buluh dari seberang, Hanyut sampan tidak berarah; Sakit bercinta badan seorang, Bagai kutepuk tangan sebelah.
Kurik Kundi Merah SagaRakit buluh dari seberang, Dulang terletak atas geta; Sakit sungguh kasih seorang, Orang tidak kasihkan kita.
Kurik Kundi Merah SagaNaik rakit bersila panggung, Patah galah batang keladi; Kalau sakit nak minta tolong, Mentekedarah tidak bergigi.
Kurik Kundi Merah SagaHilir rakit bawa berenang, Hanyut dari tanah seberang; Bagaimana penyakit mahu hilang, Sakit ditanggung makan tak pantang.
Kurik Kundi Merah SagaHanyut rakit dadan apia, Dampar di pantai dimakan buaya; Makansedikit tidak mengapa, Asalkan boleh membawa gaya.
Kurik Kundi Merah SagaHanyut rakit batu tenggelam, Minyak ada berbuli-buli; Matahari sakit bulan demam, Itulah tanda dunia tak suci.
Kurik Kundi Merah SagaNaik rakit terkutang-kutang, Tiba ke teluk menimba air; Sangat sakit duduk membujang, Lepas menumbuk mencedok air.
1234

Kembali ke atas