Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan), Baccaurea motleyana; ~ ayam = ~ bukit = ~ burung = ~ tikus = ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Baccaurea brevipes; ~ cengkuang sj tumbuhan (pokok), pasak lingga, Dysoxylon densiflorum; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok), setambun, Baccaurea parviflora; b) sj tumbuhan (pokok), mem­paung, Baccaurea lanceolata; c) = ~ pun­tianak sj tumbuhan (pokok), pokok bantun, kelap, Symplocos rubiginosa; ~ kera sj tumbuhan (pokok), jintik-jintik, mesekam, Baccaurea kingii; ~ padang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar daldaru, Psychotria sarmentosa; ~ puntianak sj tumbuhan (pokok), kelat jambu putih, Symplocos rigida; akar ~ daun sj tumbuhan (pokok memanjat), berenas, Trichosporu­m radicans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rambai I

Puisi
 

Mudik ke hulu mengait rambai,
     Rambai mencarik lengan baju;
Saya tak rebut bunga setangkai,
     Bunga lain sedap bau.


Lihat selanjutnya...(21)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan memetik rambai, Rambai ada di hujung dahan; Sungguh berpantun kita beramai, Berserah kita kepada Tuhan.
Kurik Kundi Merah SagaMudik ke hulu mengait rambai, Rambai mencarik lengan baju; Saya tak rebut bunga setangkai, Bunga lain sedap bau.
Kurik Kundi Merah SagaKe darat mari mengendong rambai, Rambai dikendong dalam kain; Hendak direbut bunga setangkai, Bukan tak ada bunga lain.
Kurik Kundi Merah SagaRambai lebat di tepi padi, Lagi dijurai lagi ditutuh; Kalau boleh bagai di hati, Rambut sehelai belah tujuh.
Kurik Kundi Merah SagaBuah rambai dalam padi, Lazat pula cita rasanya; Pandai sungguh mengambil hati, Sarat dengan budi bahasanya.
Kurik Kundi Merah SagaBuah rambai buah rambutan, Masak sebiji celah daun; Sudah nasib permintaan badan, Buah masak dimakan burung.
Kurik Kundi Merah SagaBuah rambai buah rambutan, Buah tergantung bertali-tali; Sudah sampai janjimu tuan, Jika untung mana nak lari?
Kurik Kundi Merah SagaPokok rambai pokok penapak, Kujolok mari luruh bunganya; Kulambai tidak nampak, Akan kulangkau jauh rumahnya.
Kurik Kundi Merah SagaBuah rambai buah rambutan, Masak sebiji di hujung dahan; Kalau ada mudah-mudahan, Ambillah saya dengan perlahan.
Kurik Kundi Merah SagaBuah rambai buah rambutan, Masak sebiji di hujung dahan; Jangan diusik burung di hutan, Burung di rumah mati tak makan.
123

Kembali ke atas