Kurik Kundi Merah Saga | Merambat tebing buantar, Rambat menyangkut di hujung galah; Barang ini barang latar, Di sana terantuk mencari balah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Merambat tebing Brunei, Rambat menyangkut di pokok pauh; Sedang liar si burunglah punai, Tiadalah boleh terbang jauh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Merambat tebang bertingkat, Rambat menyangkut di kaki sauh; Sudah terlepas burung berikat, Sudah biasa terbang jauh. |