Kurik Kundi Merah Saga | Putih kuning di pokok sungkai, Jatuh sehelai melerang busut; Putih kuning tubuhnya lengkai, Rambut sehelai haram tak kusut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal putih di tengah laut, Kapal hitam terlerat laju; Putih kuning mengirai rambut, Hitam manis menjahit baju. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa putih di tengah laut? Anak Cina menangguk udang; Apa putih di tengah rambut? Bunga cina baru nak kembang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa putih di tengah laut, Ruku-ruku tanaman Cina; Apa putih di tengah rambut, Telur kutu disangka bunga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam kuning ekornya lebat, Ayam bertelur di dalam huma; Putih kuning si rambut lebat, Bolehkah tidak abang bertanya. |