Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.pai.ram.pai] | رمڤاي

Definisi : campuran berbagai-bagai macam: cerita ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rampai-rampai

Puisi
 

Kacang Cina dalam kota,
     Rampai-rampai di Tanjung Puri;
Hidup di dunia bersuka ria,
     Seronok-seronok sementara nak mati.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRampai-rampai di Tanjung Puri, Pulau Pandan jauh ke tengah; Seronok ramai sementara tak mati, Kalau mati dikandung tanah.
Kurik Kundi Merah SagaKacang Cina dalam kota, Rampai-rampai di Tanjung Puri; Hidup di dunia bersuka ria, Seronok-seronok sementara nak mati.
Kurik Kundi Merah SagaBunga rampai dalam cepu, Taruh mari dalam raga; Ucap selamat pengantin baru, Ibu bapa menumpang suka.
Kurik Kundi Merah SagaBunga rampai si bunga jagus, Anak itik renang-renangan; Kalau sampai alangkah bagus, Tidak menjadi kenang-kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaBunga rampai di dalam puan, Buluh perindu di atas gunung; Adakah sampai padamu tuan, Merindu hamba tidak tertanggung.
Kurik Kundi Merah SagaPisang kelat dibuat rampai, Jatuh ke tanah dimakan semut; Malam tadi saya bermimpi, Rasa bertukar kain selimut.
Kurik Kundi Merah SagaMenanam bemban dalam ladang, Bunga rampai dalam puan; Kukirim pada kumbang terbang, Adakah sampai padamu tuan?
Kurik Kundi Merah SagaApa bunga tidak bertangkai, Itu bernama bunga rampai; Kalau tak pandai ilmu berkedai, Habis modal untung tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kuda tepi gedung, Mari makan rumput rampai; Buah saya buah kedondong, Sampai lisut tak makan tupai.
Kurik Kundi Merah SagaBerani sungguh anak tupai, Korek kelapa tengah hari; Sungguh wangi bunga rampai, Taruh kepala tidak berseri.
12

Kembali ke atas