Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rantau (kata nama)
1. Bersinonim dengan pesisir: pantai, tebing, teluk, tanjung,

2. Bersinonim dengan daerah: kawasan, wilayah, zon, negara asing,

Kata Terbitan : merantau, perantauan, perantau,

Puisi
 

Pisang kelat digonggong helang,
     Jatuh sebiji ke Inderagiri;
Kalau pergi ke rantau orang,
     Baik-baik membawa diri.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Rantau jauh tidak terulang,
     rantau dekat tidak terkendanai.

Bermaksud :

Terlalu tua sehingga tidak terturutkan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRama-rama terbang ke rantau, Tiba di rantau membilang jari; Lama-lama abang merantau, Adik yang tinggal membilang hari.
Kurik Kundi Merah SagaPisang kelat digonggong helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Kalau pergi ke rantau orang, Baik-baik membawa diri.
Kurik Kundi Merah SagaTampak kulihat tanah seberang, Di kala petang menjelang senja; Biarlah daku di rantau orang, Semoga dapat melupa saja.
Kurik Kundi Merah SagaOrang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba.
Kurik Kundi Merah SagaBiola bertali empat, Digesel orang Semarang; Anak dagang tak bertempat, Mencari di rantau orang.
Kurik Kundi Merah SagaAsam pauh dari seberang, Gugur buahnya di tepi perigi; Badan jauh di rantau orang, Sakit payah ditanggung sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaTerayap-rayap si anak kumbang, Hinggap di atap tersangkut duri; Berapa sedap di rantau orang, Manakan sama desa sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaKain corak bertali tangsi, Sampan sarat bermuat barang; Awan berarak ditangisi, Badan melarat di rantau orang.
Kurik Kundi Merah SagaAwan berarak bergulung-gulung, Menderu angin dari seberang; Sudah nasib dilambung untung, Badan bercampak di rantau orang.
Kurik Kundi Merah SagaAsam paya buahnya manis, Bawa dari Sungai Tongkang; Pagi raya duduk menangis, Mengenang diri di rantau orang.
12

Kembali ke atas