[ra.num] | رانوم
Definisi : 1. cukup masak (bkn buah-buahan): rambutan yg ~; 2. ki segar dan menarik (nampaknya): kekasihnya yg bertubuh mongel ~; meranum menjadi ranum; meranumkan menjadikan ranum: karbaid digunakan utk ~ pisang; keranuman perihal atau keadaan ranum: ~ mangga itu menyebabkan perahan jusnya tidak perlu ditambahi gula; peranuman proses meranum atau meranumkan: betik mesti dipetik pd peringkat yg sesuai utk mengelakkan terjadinya ~ yg tidak sempurna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ra.num] | رانوم
Definisi : terlampau masak (bkn buah-buahan): Pisang ~ boleh dibuat jemput-jemput. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)