Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ranum:

Puisi
 

Buah rambutan masaknya ranum,
     Hendak ditaruh bulan puasa;
Abang lalu adik tersenyum,
     Hendak bertanya belum biasa.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Laksana buah masak lum,
     dihinggut perdu luruh sendiri.

Bermaksud :

Orang tua yang sudah uzur sewaktu-waktu mungkin mendapat sakit berat. lum = ranum.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuah rambutan setangkai ranum, Mari dimakan bulan puasa; Tuan ketawa saya tersenyum, Hendak ditegur belum biasa.
Kurik Kundi Merah SagaBuah rambutan masaknya ranum, Hendak ditaruh bulan puasa; Abang lalu adik tersenyum, Hendak bertanya belum biasa.
Kurik Kundi Merah SagaBuah jambu masak ranum, Makan enak bulan puasa; Abang lalu sambil tersenyum, Hendak dikenang tidak berjasa.
Kurik Kundi Merah SagaBangat-bangat menanam delima, Buah ranum merah menyala; Ingat-ingat pesan panglima, Hilang Melayu hilang dunia.
Kurik Kundi Merah SagaCik Atak duduk tersenyum, Bila-bila nampak tunangnya; Buah masak terlalu ranum, Tentu hilang manis rasanya.

Kembali ke atas