Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.pat.ra.pat] | راڤت٢

Definisi : dgn seberapa rapat yg boleh, dgn betul-betul rapat: tutup pintu itu ~; je­maah diminta meluruskan saf dan berdiri ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rapat-rapat

Puisi
 

Tanam pinang rapat-rapat,
     Senang puyuh berlari;
Sudah pinang tidak dapat,
     Pujuk-pujuk bawa lari.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang.

Bermaksud :

Perkataan orang besar-besar lebih dipercayai oleh orang atasan daripada perkataan rakyat biasa.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRapat-rapat pagar di darat, Buah kundang masak meranum; Kalau tak dapat bagai dihajat, Air Pahang saya tak minum.
Kurik Kundi Merah SagaTanam pinang rapat-rapat, Senang puyuh berlari; Sudah pinang tidak dapat, Pujuk-pujuk bawa lari.
Kurik Kundi Merah SagaTanam pinang rapat-rapat, Biar senang puyuh berlari; Kalau dipinang-pinang tak dapat, Pujuk-pujuk kubawa lari.
Kurik Kundi Merah SagaPohon temu tumbuhnya rapat, Rapat lagi si pohon jati; Kawan beribu mudah didapat, Sahabat setia payah dicari.
Kurik Kundi Merah SagaPohon mengkudu tumbuh rapat, Rapat lagi pohon jati; Kawan beribu mudah dapat, Sahabat setia susah dicari.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan membuat sangkar, Pasangnya rapat-rapat; Lemah liat kayu akar, Dilentur boleh dipatah tak dapat.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaAyuhai yudin papan yudin, Rapat papan Seri Jawa; Cik Malim terapat dinding, Terapat badan serta nyawa.
Kurik Kundi Merah SagaPokok senduduk di tanah seberang, Berselang rapat si pokok jati; Punca hidup terus membujang, Kalau tak dapat bagai di hati.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil kain cuba dilipat, Kain batik bunganya rapat; Puas dipancing ikan tak dapat, Cabut joran alih tempat.
12

Kembali ke atas