Kurik Kundi Merah Saga | Daun entemu terlampai-lampai, Ditiup angin hala ke darat; Malam Sabtu hajat tak sampai, Ikut rasa hati melarat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara duduk di pintu, Turun ke laman pergi mandi; Kalaulah tuan kata begitu, Barulah senang rasa hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bertali jalan Gumantong, Kalakati rendam di paya; Putus hati rasa bergantung, Orang benci apakan daya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sakit kaki ditikam siput, Siput ada dari seberang; Sakit hati rasa nak ikut, Dengar-dengar tunang orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putus tali Jalan Gumantong, Kelekati rendam di paya; Putus hati rasa bergantung, Orang benci apakan daya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sakit kaki tikam selumbar, Selumbar ada di kaki Wan; Sakit hati rasa nak khabar, Kalau khabar malulah kawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Desa pergi ke laut, Hendak mencari ikan parang; Sakit hati rasa nak ikut, Takut kena tunang orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Saya rupa tak beza, Di dalam hati rasa tak lepas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina jambul tercacak, Mati dipanah Seri Rama; Hati di dalam rasa nak kocak, Rasa nak balik ke janda lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh indah Tanjung Lumpur, Tempat lalu kapal dagang; Hati gundah rasa terhibur, Budi yang baik punca kenang. |